Jemputan ke Pementasan Drama Dua Mantan MPR

Pelajar-pelajar semester 6, Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP), Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM akan mementaskan dua buah drama sebagai projek penilaian kursus drama yang mereka ambil. Istimewanya pementasan kali ini menyaksikan gabungan 2 orang mantan MPR iaitu Tuan Haji Shamsudin Othman (MPR 1986) sebagai pensyarah kursus dan Raihani Mohd. Saaid (MPR 1997) sebagai pengarah/pembimbing.

Butir-butir pementasan seperti berikut:

MALAM I

Tarikh : 5 April 2008

Waktu : 8.30 malam

Tempat : Panggung Percubaan, UPM

Tajuk : Selendang Sakti


MALAM II

Tarikh : 6 April 2008

Waktu : 8.30 malam

Tempat : Panggung Percubaan, UPM

Tajuk : Melati & Melur


Catatan:

Selendang Sakti merupakan karya asal Rebecca Reisert berjudul Magic Feather Boa dan telah diadaptasi ke Bahasa Melayu dan warna tempatan oleh Raihani Mohd.Saaid. Ia merupakan sebuah muzikal tentang seorang Maharaja yang lebih suka memasak, anaknya yang ingin menjadi pelakon dan seorang Maharani jahat yang mempunyai sehelai selendang sakti yang berkuasa menundukkan orang lain.

Melati & Melur pula walaupun tajuknya macam drama tradisional tetapi sebenarnya merupakan sebuah drama moden. Melati ialah seorang pengacara talk show yang inginkan kehidupan yang lebih baik untuk adiknya, Melur. Tetapi Melur menganggap kakaknya seorang kuku besi kerana mengatur hidupnya di rumah. Naskhah asal Melati & Melur ditulis oleh seorang mantan MPR Sabah 1992, Marlenny Deen Erwan.

Masuk adalah percuma. Pakaian santai. Jemput datang memberi sokongan kepada dua orang mantan MPR!

3 komen:

Anonymous said...

Alahai, dah dekat nak periksa akhir ni banyak betul program-program menarik. Terpaksa menimbangkan antara kemahuan nak pergi dengan keperluan mengulangkaji.

5 April tu jugak, siangnya ada forum hak cipta. Kak Nisah Haron khabarnya jadi pengerusi forum.

hani salwah yaakup said...

5 april ke 12 april aidil?

ceramah hak cipta di pwtc kan sempena pesta buku kan? kl tak silap 12 april...

Anonymous said...

Yang 12 April tu ceramah hak cipta. Yang 5 April ni forum hakcipta, buat di rumah gapena.

Detailnya di bawah ni:
http://upcoming.yahoo.com/event/464121/

Blog Widget by LinkWithin
top